Hari Isnin minggu lepas selesai dah masalah aku..haha...bahagianya hatiku..Masalah tu mestilah hutang PTPTN aku tu,,Kiranya aku tak ada la lagi hutang Ptptn tu. Aku pergi dengan abangku. Ni aku nak cite pasal kali pertama la aku naik motor kat bandar KL ni.Nak tau motor ape? ha, ni la motor nye..Tinggi x..Aku naik kat belakang tinggi la daripada motor biasa.

Buat pertama kalinya la aku naik motor sejauh ni.Dari UKM ni sampaila Kl Sentral aku pergi. Sebelum ini, paling jauh pun aku naik pergi bandar kat rumah aku. Tu pun adalah dalam 15 minit je. Mula-mula takut la jugak.Yela, tak berpengalaman la katakan. Last-last, best giler. Aku ingatkan ayah aku tak bagi tau mula-mula, tapi selepas mendengar syarahan baru la dia bagi. So, dengan jasa bakti abang aku yang sorang ni la selesai jugak hutang PTPTN aku. Tak payah risau2 dah kan.
Untungla aku ada abang yang boleh dikerah untuk tolong aku..haha...KIranya nilah pengalaman manis aku buat masa ni . Bila la lagi aku dapat merasa macam ni lagi kan..Tapi yang paling penting, hutang PTPTN aku dah selesai..:p
