Monday, 3 June 2013

CUTI-CUTI

Sempena cuti sekolah ni, ayah aku nak bawak la adik-adik aku pergi jalan-jalan. Disebabkan aku pun cuti la jugakkan, aku pun mengikut la pergi cuti-cuti..hehe..Kali ni ayah aku bawak kami sekeluarga pergi Melaka dan juga Muar. Sambil tu boleh la aku relaks sebelum periksa final menjelang tiba..
Aku pergi selama 3 hari. Banyak la juga tempat-tempat menarik yang aku pergi antaranya Taman Buaya, Zoo Negara, Melaka Planetarium dan A Famosa. Walaupun sebelum ni aku pernah ke Melaka, tapi banyak la perubahan kat sana daripada sebelum ni. Aku juga merasa melihat kawasan sekeliling Melaka dengan naik Menara Taming Sari. Menara ni tinggi la juga dan aku dapat lihat keindahan sekeliling Melaka terutama waktu malam. 
Bila dah habis pusing-pusing dekat Melaka, ayah aku pun bawa kami ke Muar, merasa makanan kat Muar macam mee bandung dengan asam pedas. Kami tidur semalaman kat Muar. Dekat Muar, aku dapat menyusuri Sungai Muar dekat Dataran Emas. Aku juga dapat lihat Masjid Sultan Ibrahim  yang ada dekat kiri dan kanan Sungai Muar. Masjid ini dikira macam masjid berkembar sebab reka bentuk yang sama dan warna masjid pun sama.
Waktu makan malam la yang paling best. Aku dapat makan ikan bakar yang dah lama aku tak makan. Lepas kempunan sekejap. hehe..Esoknya sebelum balik, ayah aku pun bawak la makan asam pedas yang tersangat la pedasnya. (bagi aku la)..Lepas tu kami pun balik ke rumah. Tapi dalam perjalanan pulang jalan kira sesak juga sebab waktu tu orang bersesak nak pegi stadium. Kan Johor lawan Pahang.:)
Ini saja la sedikit cerita tentang aku masa pergi bercuti hari tu. Aku rasa seronok sangat sebab dah lama tak pergi jalan-jalan. Lepas ni kene tumpu pada peperiksaan Final la pulak..:(

Aku dan angah dengan buaya

                                               
Aku, abah dan mak dekat Perigi Hang Tuah
 
 Berlatarkan Menara Taming Sari

Menyusuri Sungai Muar

 
Dataran Emas

 

 

Sunday, 2 June 2013

GUNUNG LEDANG



Kali ini aku nak cerita sedikit pasal pengalaman aku pergi daki Gunung Ledang. Memang gempak la sebab aku ni bukanla yang jenis suka beriadah, lagi-lagi untuk aktiviti yang lasak ni. Bila cerita kat kawan-kawan aku semuanya gelakkan aku sebab tak percaya aku pergi daki Gunung Ledang ni.,,nk pergi berkhemah pun fikir beribu kali,,.Nak buat macam mana, aku sendiri pun tak percaya aku boleh join daki Gunung Ledang ni..hehe..
Aku pergi ni bawah biro sukan kat kolej untuk program Eksplorasi Sukan Zaba untuk dua hari. Kami bergerak pukul 8.30 hari jumaat (cuti wesak) dan sampai dalam pukul 12 tengah hari. Pendakian kami ditemani 3 orang guide. Mula-mula, semangat nak naik sebab dengar penerangan dari Abg Sham. Bila dah naik separuh jalan, memang lemah longlai segala urat sebab kene naik 300 lebih anak tangga. Memang kejang la kejap kaki waktu tu.Hish2. Dalam perjalanan ke Kolam Gajah, tempat untuk berkhemah ni ada 3 check point. Memang letih la nak naik sampai ada yang semput. Sebab tempat tu memang tinggi. Dah abih 3 botol air 100 plus aku teguk tapi tak sampai-sampai jugak. Akhirnya, dalam pukul 5 sampai jugak la kat Kolam Gajah tu. Air sungai dia boleh diminum, sedap macam air mineral. 
Bila semua dah sampai, kami pun mula pasang khemah, dan bersiap-siap untuk masak dan mandi. Makanan yang dibekalkan ala kadar je, macam makanan askar. Dah ada dalam paket, tinggal nak masak je rendam dalam air. Dah siap semua, pukul 8.30, ada perjumpaan untuk persediaan nak daki ke puncak pulak. Dah abih taklimat dari Abg Sham, aku pun tidur la. Nak wat ape pun tak dapat sebab dah penat. Tapi malam tu aku tak boleh nak tidur sebab sejuk sangat. Memang tidur-tidur ayam je la aku, tapi nasib baik dapat gak tidur. 
Pukul 2 pagi, kami gerak pergi naik ke puncak. Semuanya dibekalkan dengan lampu suluh sebab keadaan sekeliling yang gelap. Pak cik guide ada pesan jangan suluh ke atas, aku pun tak pasti sebab ape. Perjalanan ini mengambil masa 4 jam sepatutnya, tapi disebabkan ada yang tak larat,lambat sikit la kami berjalan. Pukul 6 kami berhenti untuk solat dan rehat sekejap. Waktu ni memang sejuk gila walaupun aku dah pakai baju sejuk. Rasa macam nak beku je. Angin asyik bertiup je sebab dah hampir kat puncak waktu tu. 
Bila semua dah solat, kami teruskan perjalanan ke puncak. Kali ini kene naik tangga, panjat batu sampai la kat puncak. Kami berjaya juga sampai kat puncak setinggi 1270 meter. Memang tinggi dan nampak la semuanya. Tapi tak boleh tangkap gambar sebab takut kem askar nampak. Dah puas kat atas, kami bergerak turun. Waktu ni memang kene ada ketahanan mental yang kuat la sebab kene turun tangga yang curam, tinggi plak tu. Pastu kene turun ikut tali kat batu. Memang mencabar la. 
Waktu turun laju la sikit sebab tak penat sangat. Tapi malang la bagi aku sebab tapak kasut tercabut. Nasib baik dah nak sampai waktu tu.
Kami sampai kat bawah dalam pukul 5. Kami kene cek beg untuk pastikan tak ada apa-apa yang ditinggalkan kat atas termasuk la sampah. Kalau ada kene denda RM5 satu sampah. Dan bergerak ke UKM pukul 7 malam.
Walaupun aku keletihan, badan sakit-sakit tapi aku tetap berbangga dan gembira sebab aku berjaya juga mendaki Gunung Ledang ni. Inilah pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila sebab tak mungkin aku akan sertai lagi ekspedisi macam ni..haha..tobat tak mau dah,,,