
Kali ini aku nak cerita sedikit pasal pengalaman aku pergi daki Gunung Ledang. Memang gempak la sebab aku ni bukanla yang jenis suka beriadah, lagi-lagi untuk aktiviti yang lasak ni. Bila cerita kat kawan-kawan aku semuanya gelakkan aku sebab tak percaya aku pergi daki Gunung Ledang ni.,,nk pergi berkhemah pun fikir beribu kali,,.Nak buat macam mana, aku sendiri pun tak percaya aku boleh join daki Gunung Ledang ni..hehe..
Aku pergi ni bawah biro sukan kat kolej untuk program Eksplorasi Sukan Zaba untuk dua hari. Kami bergerak pukul 8.30 hari jumaat (cuti wesak) dan sampai dalam pukul 12 tengah hari. Pendakian kami ditemani 3 orang guide. Mula-mula, semangat nak naik sebab dengar penerangan dari Abg Sham. Bila dah naik separuh jalan, memang lemah longlai segala urat sebab kene naik 300 lebih anak tangga. Memang kejang la kejap kaki waktu tu.Hish2. Dalam perjalanan ke Kolam Gajah, tempat untuk berkhemah ni ada 3 check point. Memang letih la nak naik sampai ada yang semput. Sebab tempat tu memang tinggi. Dah abih 3 botol air 100 plus aku teguk tapi tak sampai-sampai jugak. Akhirnya, dalam pukul 5 sampai jugak la kat Kolam Gajah tu. Air sungai dia boleh diminum, sedap macam air mineral.
Bila semua dah sampai, kami pun mula pasang khemah, dan bersiap-siap untuk masak dan mandi. Makanan yang dibekalkan ala kadar je, macam makanan askar. Dah ada dalam paket, tinggal nak masak je rendam dalam air. Dah siap semua, pukul 8.30, ada perjumpaan untuk persediaan nak daki ke puncak pulak. Dah abih taklimat dari Abg Sham, aku pun tidur la. Nak wat ape pun tak dapat sebab dah penat. Tapi malam tu aku tak boleh nak tidur sebab sejuk sangat. Memang tidur-tidur ayam je la aku, tapi nasib baik dapat gak tidur.
Pukul 2 pagi, kami gerak pergi naik ke puncak. Semuanya dibekalkan dengan lampu suluh sebab keadaan sekeliling yang gelap. Pak cik guide ada pesan jangan suluh ke atas, aku pun tak pasti sebab ape. Perjalanan ini mengambil masa 4 jam sepatutnya, tapi disebabkan ada yang tak larat,lambat sikit la kami berjalan. Pukul 6 kami berhenti untuk solat dan rehat sekejap. Waktu ni memang sejuk gila walaupun aku dah pakai baju sejuk. Rasa macam nak beku je. Angin asyik bertiup je sebab dah hampir kat puncak waktu tu.
Bila semua dah solat, kami teruskan perjalanan ke puncak. Kali ini kene naik tangga, panjat batu sampai la kat puncak. Kami berjaya juga sampai kat puncak setinggi 1270 meter. Memang tinggi dan nampak la semuanya. Tapi tak boleh tangkap gambar sebab takut kem askar nampak. Dah puas kat atas, kami bergerak turun. Waktu ni memang kene ada ketahanan mental yang kuat la sebab kene turun tangga yang curam, tinggi plak tu. Pastu kene turun ikut tali kat batu. Memang mencabar la.
Waktu turun laju la sikit sebab tak penat sangat. Tapi malang la bagi aku sebab tapak kasut tercabut. Nasib baik dah nak sampai waktu tu.
Kami sampai kat bawah dalam pukul 5. Kami kene cek beg untuk pastikan tak ada apa-apa yang ditinggalkan kat atas termasuk la sampah. Kalau ada kene denda RM5 satu sampah. Dan bergerak ke UKM pukul 7 malam.
Walaupun aku keletihan, badan sakit-sakit tapi aku tetap berbangga dan gembira sebab aku berjaya juga mendaki Gunung Ledang ni. Inilah pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila sebab tak mungkin aku akan sertai lagi ekspedisi macam ni..haha..tobat tak mau dah,,,
No comments:
Post a Comment