Wednesday, 29 May 2013

ROOMMATE SAYA

Hari ni aku nak cerita pasal roommate aku yang setia dengan aku selama setahun ni. Orang nya tak la besar dan tak jugak kecik macam aku. Sedang-sedang je,,hehe,... Nama die Saadah. Die orang Sungai Buloh. Umur die 21 tahun, tua setahun daripada aku tapi aku panggil die Adah je,, Die la orang yang pertama aku jumpe masa mula-mula aku sampai kat UKM ni. Die tegur aku tanya pasal gambar kat kad matrik, tapi tak ku sangka die la yang akan jadi roommate aku. Kiranya bertuah la aku sebab dah kenal-kenal sikit dengan die waktu tu. 
Masa mula-mula aku kenal dengan die, aku agak takutla nk berbual sebab muka die nampak garang..Tapi dah lama-lama, orang yang aku sangka garang ni baik je, tak ada la garang mana pun. Aku rasa jarang la aku tengok die marah-marah. Yang menarik tentang die ni pada aku, die seorang yang mesra, tak sombong, pemurah. Die la yang tukang melayan aku yang kadang-kadang banyak kerenah ni. Banyak kali jugak la die belanja aku kan. Semua orang boleh die buat kawan tak kira la pak guard ke, akak senior ke, driver bas pun boleh jadi kawan die. Lain gile la dengan aku ni, yang nk tegur orang pun payah..hish2..
Walaupun baru setahun aku kenal dengan die, banyak perkara menarik yang aku dapat aku lihat pada die. Kadang-kadang, kalau ada masalah besar mana pun die tetap hadapi dengan tabah. Die ni banyak cakap jugak la, dah jadi penghibur kat dalam bilik aku ni. Hampir semua benda die akan cerita kat aku. Apa yang jadi kat die, apa yang die buat, semuanya die akan cerita. Aku pun layan jugak la sebab apa yang die cerita tu semuanya menarik.hehe...


 

INI LA ROOMMATE SAYA

 

SAADAH NIZALUDIN

 

SAYA DAN ROOMMATE
 
Sekarang, dah nak habis sem 2 ni. Lepas final, bila masuk balik untuk tahun 2, aku tak pasti samaada aku dapat satu bilik lagi dengan die atau tak. ( Aku harap sama la lagi kan). Tapi kalau la tak sama bilik dah, aku harap persahabatan kami selama setahun ini akan terus kekal sampai bila-bila. Sekali berkenalan, selamanya tetap sahabat.....

Tuesday, 28 May 2013

BUAH-BUAHAN



 Malaysia kaya dengan pelbagai buah tropika seperti durian, manggis, rambutan serta duku dan langsat. Bagaimanapun bagi sesetengah anggota masyarakat, memakan buah-buahan ini boleh menyebabkan mereka tidak sihat.
 
Adakah ini satu metos?
 
Sesetengah juga beranggapan bahawa buah import seperti epal dan anggur adalah lebih berkhasiat berbanding buah-buahan tempatan (bermusim).
   
Ramai  merasakan buah-buahan import lebih bagus mungkin disebabkan oleh kurangnya promosi akan khasiat yang terselindung di sebalik buah-buahan bermusim.
Walhal, ia sebenarnya berkapasiti tinggi membekalkan nutrien diperlukan badan.
 Atas sebab itulah, pemupukan amalan memakan durian, manggis, rambutan, duku yakni antara sebilangan jenis buah-buahan bermusim ini haruslah dirancak dan digalakkan dengan lebih aktif lagi.
 
Tambahan pula, harganya lebih murah berbanding yang diimport serta kandungan vitamin, khasiatnya tidak tergugat serta masih 'terpelihara' ekoran boleh mendapatinya, membelinya dalam keadaan segar.
    
Berbanding dengan buah-buahan  import seperti epal, anggur, kualiti kandungan vitamin, khasiatnya mungkin sudah berkurangan kerana terperuk dalam kotak penyimpanan agak lama serta melalui masa perjalanan agak panjang untuk sampai ke negara ini.
 
Ini menjadikan buah-buahan tempatan kaya dengan vitamin berbanding buah-buahan yang diimport. Contohnya, kandungan vitamin C adalah lebih tinggi dalam sebiji buah rambutan jika dibanding dengan epal.
 
Kandungan vitamin C pada rambutan dan pulasan adalah 70mg/100g berbanding epal yang  hanyalah sekitar 6mg/100g. Sangat rendah, walhal vitamin C amat penting dalam kehidupan kita. Antaranya, meningkatkan sistem imuniti badan serta melindungi daripada jangkitan penyakit dan selesema.
 
Kedua-dua rambutan dan pulasan mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu melebihi 80 peratus. Kandungan proteinnya di sekitar 0.5 peratus-0.8 peratus dan kandungan lemaknya pula adalah agak rendah, iaitu 0.3 peratus-0.55 peratus.

Khasiat buah-buahan bermusim bukan hanya tertumpu pada rambutan tetapi juga meliputi durian, yakni raja buah yang sentiasa dikaitkan sebagai punca demam panas.
 
Agak pelik bunyinya, namun pemakanan durian juga sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang dikatakan baik untuk kesihatan jantung. Mengandungi 1,060mg potassium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.
   
Paling menarik adalah buah manggis. Buah berbentuk bulat dan berwarna ungu kehitaman itu mempunyai nilai tinggi dari sudut pengkomersilan produk kesihatan. Bukan sahaja isinya yang putih gebu mengandungi khasiat tinggi, tetapi kulitnya juga menjadi tumpuan untuk dibekalkan sebagai produk kesihatan.
 
Kulit manggis bukan lagi bahan buangan. Ini kerana, terdapat syarikat yang membeli kulit manggis sahaja di Mardi untuk diproses dan dijadikan produk kesihatan.
 
Berbanding buah lain, manggis antara buah paling susah hendak dilihat di pasaran kerana sudah ada syarikat beli terus kesemua buah di dusun. Disebabkan itulah, harga manggis agak mahal kerana penawarannya tidak banyak.
 
Menurut Dr David A.Morton dari University of Utah, Amerika Syarikat, kulit buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksidan dan dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit.Dipercayai buah manggis berpotensi untuk mencegah batu karang, kanser, membuang kalesterol dalam badan dan mengimbangi seluruh badan.
   
Tidak menafikan bahawa menikmati durian boleh mengundang rasa 'panas badan', justeru dinasihatkan agar ia disusuli dengan pemakanan manggis kerana buah itu boleh menyejukkan badan.
 
Maka, tidak hairanlah apabila buah manggis dikenali sebagai ratu segala buah kerana berpotensi meneutralkan suhu badan sekali gus berpadanan dengan status durian iaitu raja buah. 
 
Bagi buah rambutan pula, masih ramai khususnya generasi muda tidak tahu kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk.
 
Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik di mana isinya lekang yang tidak tarik sekali dengan kulit kayu biji. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah di mana buah ini mudah dikopek dan dipisahkan bahagian isi dengan biji.
  
Biarpun pelbagai persepsi, hakikatnya buah-buahan bermusim merupakan aset kekayaan negara paling bernilai, berpotensi sebagai tarikan pelancongan dan menjadi antara idaman masyarakat luar.
 
Di kala pertikaian akan bau tengik buah durian oleh segelintir kita, pelancong China berlainan pula. Bagi mereka, ia adalah sejenis buah yang sangat sedap. Malah, durian kita yang berkualiti tinggi telah dieskport ke negara panda itu.
 
Oleh itu,amalan memakan buah-buahan tempatan haruslah dididik sejak dari kecil. Ia bukanlah sekadar 'buah', tetapi senario pemakananannya merupakan budaya masyarakat kita yang perlu dikekalkan.
DURIAN

MANGGIS

RAMBUTAN

 

TIDUR SELEPAS SUBUH DAN ASAR


Telah diketahui waktu pagi adalah waktu yang penuh keberkatan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil manfaat daripada waktu pagi yang mulia ini. Masalah banyak tidur akan dapat mematikan hati dan membuatkan badan kita merasa malas serta membuang waktu dengan sia-sia. Banyak tidur akan mengakibatkan lalai dan malas. Banyak tidur juga dilarang dan ada yang dapat menimbulkan bahaya dalam badan. 

Antara sebab mengapa tidur pagi adalah bahaya ialah :
1) Ia tidak sesuai dengan petunjuk yang diberikan dalam A-Quran dan As-Sunnah.
2) Ia juga bukanlah termasuk dalam akhlak dan kebiasaan para salafush soleh, bahkan merupakan perkara yang dibenci.
3) Ia menyebabkan seseorang tidak mendapat keberkatan dalam waktu pagi dan dalam amalannya.
4) Akan menyebabkan rasa malas yang tinggi dan tidak bersemangat untuk menjalani rutin harian.
5) Akan menyebabkan berlakunya kekurangan rezeki dalam seharian.
6) Akan menimbulkan pelbagai penyakit badan yang kebanyakannya memudaratkan.

Selain daripada waktu pagi, tidur selepas asar juga tidak digalakkan kerana bimbang menganggu kewarasan. Sebaiknya waktu petang ini digunakan dengan melakukan aktiviti riadah yang boleh menyihatkan tubuh badan. Kekerapan tidur selepas asar bimbang akan menyebabkan seseorang hilang kewarasan atau melemahkan daya ingatan.

Oleh itu, ingatlah wahai rakan, elakkan dirimu daripada tidur selepas Subuh kerana rezeki dibahagikan pada waktu itu dan elakkan juga dirimu daripada terlena selepas Asar kerana dikhuatiri akan hilangnya kewarasan akalmu...



Sunday, 26 May 2013

MONDAY BLUES..

Hari Isnin merupakan hari yang paling tak bersemangat bagi aku. Yelah, belum puas cuti dah kene masuk belajar balik,,Kadang-kadang rasa malas sangat nak bangun bila pagi Isnin. Hehe,,,tapi apakan daya, Isnin datang jugak dan kene la jugak pergi ke kelas. Sebenarnya aku cerita pasal hari Isnin ni sebab aku ada terbaca la suatu fakta menarik tentang Monday Blues.

1) Hasil kajian di England mendapati kebanyakkan pekerja di barat hanya akan senyum bermula pukul 11.15 pagi secara puratanya. Ada yang menjadi sangat garang pada hari Isnin terutama pengurus-pengurus besar.

2) Untuk mengatasi masalah Monday Blues yang melampau, kebanyakkan pekerja melayari internet terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang menyebabkan produktiviti kerja jurang pada hari isnin.

3) Lebih 50% akan lewat pada hari Isnin kerana masing-masing mengambil masa yang lama untuk bersiap...Di Malaysia, kesesakan lalulintas paling teruk pada hari Isnin dan Jumaat.

4) Ramai yang akan mengomel dan menyatakan kebencian kepada hari Isnin sehingga kajian menunjukkan sebilangan besar pekerja akan berbicara tentang bencinya mereka kepada hari Isnin selama 12 minit.

5) Mereka yang paling teruk mengalami Monday Blues adalah dalam lingkungan umur 45-54 tahun

6) Di England, statistik negara menunjukkan Isnin adalah hari yang paling ramai rakyatnya membunuh diri kerana tekanan yang maksimum pada hari Isnin.

7) Isnin adalah hari yang paling kurang hujan.

8) Hari Isnin juga adalah hari yang paling ramai terkena serangan jantung kerana berlakunya tekanan yang serius pada hari Isnin.


Inila apa yang aku terbaca tentang hari Isnin. Apapun hidup mesti diteruskan tak kisah la hari ape pun kan,,hehe...

                                                                    

monday blues


Tuesday, 21 May 2013

PEMBENTANGAN POWERPOINT 2

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, semua kumpulan berjaya menyelesaikan pembentangan powerpoint pada minggu lepas. Ada kumpulan yang membuat pembentangan pada waktu pagi, tengahhari dan petang.  Pelbagai informasi yang dapat diperoleh daripada semua kumpulan yang membuat pembentangan. Ada beberapa tajuk yang amat  menarik dan vidoe yang dilakonkan juga menarik. Antara ulasan saya ialah :

1) kumpulan 5  ( nostalgia kanak-kanak)
Tajuk yang dipilih kumpulan ini amat menarik minat saya. Ini kerana ia mengingatkan kembali zaman kanak-kanak saya yang penuh dengan gelak ketawa, suatu perkara yang sukar untuk diperoleh kini. Cara pembentang menyampaikan maklumat juga menarik membuatkan penonton turut tertarik. Maklumat yang diberikan juga menghiburkan dan bersesuaian. Slide yang digunakan juga menceriakan.

2) kumpulan 4  (pakaian tradisional)
Kumpulan ini memperkenalkan pakaian tradisional bagi semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maklumat yang diberikan memberi pengetahuan kepada saya tentang pakaian tradisional kaum lain yang jarang sekali saya lihat. Video yang ditunjukkan juga menarik dan menghiburkan apatah lagi ia dilakonkan sendiri oleh pembentang.

3)kumpulan 7  ( coklat)
Tajuk ini agak menarik minat saya kerana coklat merupakan makanan kegemaran saya. Segala maklumat yang disampaikan menarik dan mempunyai pengetahuan umum yang berkaitan dengan coklat. Video yang menunjukkan cara membuat coklat juga menarik, yang membuatkan penonton tertarik untuk melihatnya. Slide juga menarik tetapi mungkin terlalu ringkas.

4) kumpulan 9 (video parodi)
Tajuk yang dipilih banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang video parodi. Sebelum ini, saya jarang menonton video parodi yang terdapat di internet. Melalui kumpulan ini, saya memperoleh sedikit sebanyak maklumat yang berguna. Cara penyampaian yang bagus dan menarik, slide yang digunakan juga ringkas,tetapi mempunyai maklumat yang berguna. Video yang disediakan amat menghiburkan.

5) kumpulan 3 (blog)
Kumpulan ini membuat pembentangan yang terakhir sekali. Tajuk yang dipilih nampak simple tetapi cara pembentang menyampaikan maklumat amat menarik. Kesemua ahli kumpulan mampu memberikan penyampaian maklumat dengan cara yang menarik dan bersesuaian. Slide yang digunakan ringkas tetapi menarik dan menceriakan. Secara keseluruhan, kumpulan ini mampu memberikan pembentangan yang menarik sesuai dengan caranya.

Ini sahaja ulasan yang dapat saya kongsikan. Kesemua kumpulan berjaya memberikan suatu penbentangan yang menarik dan memberikan maklumat yang berguna. Tetapi sayangnya, saya tidak dapat melihat pembentangan kumpulan 1 dan 13 kerana saya kekurangan masa. Saya yakin bahawa kedua-dua kumpulan ini telah memberikan yang terbaik dalam pembentangan mereka. Tahniah kepada semua kumpulan.

Terima kasih.....



Monday, 13 May 2013

PEMBENTANGAN POWERPOINT 1

Minggu lepas sepatutnya minggu pembentangan powerpoint. Disebabkan berlaku beberapa masalah, hanya dua kumpulan saja yang dapat membuat pembentangan. Jadi, komen yang saya mampu nyatakan disini ialah :

1) Kumpulan 12 ( pantang larang )
     Pembentangan yang ringkas tetapi maklumat yang disampaikan menarik. Tajuk yang dipilih juga menarik kerana memperkenalkan pantang larang bagi semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Ia memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada saya tentang pantang larang sesuatu kaum di mana menambahkan pengetahuan yang saya ada. Slide juga menarik, kemas dan teratur tapi masa yang ditetapkan terlalu laju, tidak berkadaran dengan masa pembentang. Pembentang juga kelihatan bersedia dan bersemangat. Secara keseluruhan,  semuanya memuaskan.

2) Kumpulan 2  (kasut)
      Tajuk yang dipilih kelihatan umum tetapi kumpulan ini boleh memberikan suatu maklumat yang menarik dan bersesuaian. Ia banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang jenis-jenis kasut yang boleh dimiliki oleh orang perempuan, memandangkan saya jarang membeli kasut. Slide menarik dan kelihatan ceria seperti pembentang, tetapi mungkin terlalu banyak penggunaan warna dalam sesuatu perkataan. Pembentang kelihatan bersemangat dan ceria semasa membentang. Secara keseluruhan, semuanya memuaskan.

Pembentangan minggu ini hanya sempat dua kumpulan sahaja. Banyak pengajaran yang boleh saya perolehi daripada apa yang berlaku pada minggu lepas. Diharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih dan tahniah kepada kumpulan yang membuat pembentangan.

Thursday, 9 May 2013

RAHSIA WARNA



Apa ada pada warna?? Sekeliling kita dipenuhi dengan pelbagai warna yang menceriakan. Ada warna hijau, biru, merah, kuning, dan sebagainya. Ada di antara kita yang sangat meminati sesuatu warna, hinggakan semua barang kepunyaannya akan dipilih berdasarkan warna kesukaannya. Tapi tahukah kita pada setiap warna ada maksudnya yang tersendiri? Warna boleh  menggambarkan emosi seseorang, suasana sekeliling, atau keperibadian seseorang itu.

Rahsia Warna.

MERAH
Warna merah mampu membangkitkan tenaga disekitarnya. Ia memberi kehangatan dan menonjolkan semangat  keberanian. selain itu, ia juga dikatakan mampu menimbulkan kesan optimis, sensasi, dan kemewahan di samping mampu menimbulkan keinginan yang meluap - luap.. Tapi awas, kerana merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat sgresif dalam diri seseorang. 

KUNING
Warna ini membantu dalam meningkatkan tenaga dan "mood" seseorang. Kuning ialah warna yang melambangkan semangat dan mendorong ekspresi diri. Selain itu, ia juga membantu dalam meningkatkan inspirasi dan merangsang kmampuan intelektual.

BIRU
Warna ini sering dikaitkan dengan elemen air dan udara. Sejuk mata memandang. Ia melambangkan keharmonian dan memberi kesan lapang serta menenangkan. Warna biru akan membangkitkan suasana tenteram, kedamaian, dan mampu merangsang kemampuan meditasi.

PUTIH
Warna yang suci dan bersih mencerminkan kemurnian, ketenteraman, perlindungan dan ketenangan. Ia memudahkan rekfleksi dalam apa jua cara.

HITAM
Hitam ialah warna elegen, kemegahan, maskulin, dan  misteri. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh rasa keyakinan diri serta memberi kesan perlindungan. Tetapi ada juga yang menganggap ia warna yang melambangkan kesan sunyi dan kesedihan. Mereka yang meminati warna hitam dikatakan seorang yang misteri dan suka bersendirian. 

KELABU
Warna campuran hitam dan putih Warna kelabu dikatakan mampu menimbulkan semangat untuk berdikari  dan mencipta kesan yang lebih luas. Ia juga mampu menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

HIJAU
Warna yang selalu dikaitkan dengan keindahan dan kesegaran alam sekitar. Ia bertindak membangkitkan unsur tenaga dan ketenangan. Hijau juga boleh menstabilkan emosi dan mempunyai kesan penyembuhan selain meredakan tekanan.

COKLAT
Warna ini bersifat neutral dan mencerminkan keseimbangan dan kestabilan. Oleh itu, ia memberi rasa ketenangan, nyaman, anggun dan elegan. Ia juga  meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu.

OREN
Melambangkan harapan dan rasa percaya diri. Membangkitkan semangat kretiviti serta menimbulkan rasa positif, gembira dan sentiasa mempunyai semangat dalam melakukan sesuatu perkara. IA juga dikatakan boleh mengurangkan 'stress'.

PINK
Warna yang simbolik dengan kehangatan dan emosi serta menggambarkan kelembutan dan memberi ketenangan. Pink atau merah jambu membawa makna kasih sayang.  Ia turut memberi kesan keanak-anakan dan keceriaan. 

OTAK MANUSIA

Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal.
Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa. Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia.

Seperti dikutip dari Howstuffworks, ini dia beberapa fakta tentang otak manusia yang belum banyak diketahui:

1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.
Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot.
Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini.

2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar
Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat  menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.

3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.
Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal
Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku  seorang penagih ubat tersebut.

4. Otak manusia berwarna kelabu.
Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebaagi jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.
Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia.

5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.
Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti  yang dilakukan oleh manusia. Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.

Ini satu maklumat yang aku jumpa la. Agak menarik sebab berkaitan dengan satu daripada organ badan kita kan. Selamat membaca...  



"human brain"