Tuesday, 28 May 2013

TIDUR SELEPAS SUBUH DAN ASAR


Telah diketahui waktu pagi adalah waktu yang penuh keberkatan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil manfaat daripada waktu pagi yang mulia ini. Masalah banyak tidur akan dapat mematikan hati dan membuatkan badan kita merasa malas serta membuang waktu dengan sia-sia. Banyak tidur akan mengakibatkan lalai dan malas. Banyak tidur juga dilarang dan ada yang dapat menimbulkan bahaya dalam badan. 

Antara sebab mengapa tidur pagi adalah bahaya ialah :
1) Ia tidak sesuai dengan petunjuk yang diberikan dalam A-Quran dan As-Sunnah.
2) Ia juga bukanlah termasuk dalam akhlak dan kebiasaan para salafush soleh, bahkan merupakan perkara yang dibenci.
3) Ia menyebabkan seseorang tidak mendapat keberkatan dalam waktu pagi dan dalam amalannya.
4) Akan menyebabkan rasa malas yang tinggi dan tidak bersemangat untuk menjalani rutin harian.
5) Akan menyebabkan berlakunya kekurangan rezeki dalam seharian.
6) Akan menimbulkan pelbagai penyakit badan yang kebanyakannya memudaratkan.

Selain daripada waktu pagi, tidur selepas asar juga tidak digalakkan kerana bimbang menganggu kewarasan. Sebaiknya waktu petang ini digunakan dengan melakukan aktiviti riadah yang boleh menyihatkan tubuh badan. Kekerapan tidur selepas asar bimbang akan menyebabkan seseorang hilang kewarasan atau melemahkan daya ingatan.

Oleh itu, ingatlah wahai rakan, elakkan dirimu daripada tidur selepas Subuh kerana rezeki dibahagikan pada waktu itu dan elakkan juga dirimu daripada terlena selepas Asar kerana dikhuatiri akan hilangnya kewarasan akalmu...



No comments:

Post a Comment