Minggu lepas sepatutnya minggu pembentangan powerpoint. Disebabkan berlaku beberapa masalah, hanya dua kumpulan saja yang dapat membuat pembentangan. Jadi, komen yang saya mampu nyatakan disini ialah :
1) Kumpulan 12 ( pantang larang )
Pembentangan yang ringkas tetapi maklumat yang disampaikan menarik. Tajuk yang dipilih juga menarik kerana memperkenalkan pantang larang bagi semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Ia memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada saya tentang pantang larang sesuatu kaum di mana menambahkan pengetahuan yang saya ada. Slide juga menarik, kemas dan teratur tapi masa yang ditetapkan terlalu laju, tidak berkadaran dengan masa pembentang. Pembentang juga kelihatan bersedia dan bersemangat. Secara keseluruhan, semuanya memuaskan.
2) Kumpulan 2 (kasut)
Tajuk yang dipilih kelihatan umum tetapi kumpulan ini boleh memberikan suatu maklumat yang menarik dan bersesuaian. Ia banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang jenis-jenis kasut yang boleh dimiliki oleh orang perempuan, memandangkan saya jarang membeli kasut. Slide menarik dan kelihatan ceria seperti pembentang, tetapi mungkin terlalu banyak penggunaan warna dalam sesuatu perkataan. Pembentang kelihatan bersemangat dan ceria semasa membentang. Secara keseluruhan, semuanya memuaskan.
Pembentangan minggu ini hanya sempat dua kumpulan sahaja. Banyak pengajaran yang boleh saya perolehi daripada apa yang berlaku pada minggu lepas. Diharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih dan tahniah kepada kumpulan yang membuat pembentangan.
No comments:
Post a Comment