Alhamdulillah, seperti yang dirancang, semua kumpulan berjaya menyelesaikan pembentangan powerpoint pada minggu lepas. Ada kumpulan yang membuat pembentangan pada waktu pagi, tengahhari dan petang. Pelbagai informasi yang dapat diperoleh daripada semua kumpulan yang membuat pembentangan. Ada beberapa tajuk yang amat menarik dan vidoe yang dilakonkan juga menarik. Antara ulasan saya ialah :
1) kumpulan 5 ( nostalgia kanak-kanak)
Tajuk yang dipilih kumpulan ini amat menarik minat saya. Ini kerana ia mengingatkan kembali zaman kanak-kanak saya yang penuh dengan gelak ketawa, suatu perkara yang sukar untuk diperoleh kini. Cara pembentang menyampaikan maklumat juga menarik membuatkan penonton turut tertarik. Maklumat yang diberikan juga menghiburkan dan bersesuaian. Slide yang digunakan juga menceriakan.
2) kumpulan 4 (pakaian tradisional)
Kumpulan ini memperkenalkan pakaian tradisional bagi semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maklumat yang diberikan memberi pengetahuan kepada saya tentang pakaian tradisional kaum lain yang jarang sekali saya lihat. Video yang ditunjukkan juga menarik dan menghiburkan apatah lagi ia dilakonkan sendiri oleh pembentang.
3)kumpulan 7 ( coklat)
Tajuk ini agak menarik minat saya kerana coklat merupakan makanan kegemaran saya. Segala maklumat yang disampaikan menarik dan mempunyai pengetahuan umum yang berkaitan dengan coklat. Video yang menunjukkan cara membuat coklat juga menarik, yang membuatkan penonton tertarik untuk melihatnya. Slide juga menarik tetapi mungkin terlalu ringkas.
4) kumpulan 9 (video parodi)
Tajuk yang dipilih banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang video parodi. Sebelum ini, saya jarang menonton video parodi yang terdapat di internet. Melalui kumpulan ini, saya memperoleh sedikit sebanyak maklumat yang berguna. Cara penyampaian yang bagus dan menarik, slide yang digunakan juga ringkas,tetapi mempunyai maklumat yang berguna. Video yang disediakan amat menghiburkan.
5) kumpulan 3 (blog)
Kumpulan ini membuat pembentangan yang terakhir sekali. Tajuk yang dipilih nampak simple tetapi cara pembentang menyampaikan maklumat amat menarik. Kesemua ahli kumpulan mampu memberikan penyampaian maklumat dengan cara yang menarik dan bersesuaian. Slide yang digunakan ringkas tetapi menarik dan menceriakan. Secara keseluruhan, kumpulan ini mampu memberikan pembentangan yang menarik sesuai dengan caranya.
Ini sahaja ulasan yang dapat saya kongsikan. Kesemua kumpulan berjaya memberikan suatu penbentangan yang menarik dan memberikan maklumat yang berguna. Tetapi sayangnya, saya tidak dapat melihat pembentangan kumpulan 1 dan 13 kerana saya kekurangan masa. Saya yakin bahawa kedua-dua kumpulan ini telah memberikan yang terbaik dalam pembentangan mereka. Tahniah kepada semua kumpulan.
Terima kasih.....
No comments:
Post a Comment