Apa ada pada warna?? Sekeliling kita dipenuhi dengan pelbagai warna yang menceriakan. Ada warna hijau, biru, merah, kuning, dan sebagainya. Ada di antara kita yang sangat meminati sesuatu warna, hinggakan semua barang kepunyaannya akan dipilih berdasarkan warna kesukaannya. Tapi tahukah kita pada setiap warna ada maksudnya yang tersendiri? Warna boleh menggambarkan emosi seseorang, suasana sekeliling, atau keperibadian seseorang itu.
Rahsia Warna.
MERAH
Warna merah mampu membangkitkan tenaga disekitarnya. Ia memberi kehangatan dan menonjolkan semangat keberanian. selain itu, ia juga dikatakan mampu menimbulkan kesan optimis, sensasi, dan kemewahan di samping mampu menimbulkan keinginan yang meluap - luap.. Tapi awas, kerana merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat sgresif dalam diri seseorang.
KUNING
Warna ini membantu dalam meningkatkan tenaga dan "mood" seseorang. Kuning ialah warna yang melambangkan semangat dan mendorong ekspresi diri. Selain itu, ia juga membantu dalam meningkatkan inspirasi dan merangsang kmampuan intelektual.
BIRU
Warna ini sering dikaitkan dengan elemen air dan udara. Sejuk mata memandang. Ia melambangkan keharmonian dan memberi kesan lapang serta menenangkan. Warna biru akan membangkitkan suasana tenteram, kedamaian, dan mampu merangsang kemampuan meditasi.
PUTIH
Warna yang suci dan bersih mencerminkan kemurnian, ketenteraman, perlindungan dan ketenangan. Ia memudahkan rekfleksi dalam apa jua cara.
HITAM
Hitam ialah warna elegen, kemegahan, maskulin, dan misteri. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh rasa keyakinan diri serta memberi kesan perlindungan. Tetapi ada juga yang menganggap ia warna yang melambangkan kesan sunyi dan kesedihan. Mereka yang meminati warna hitam dikatakan seorang yang misteri dan suka bersendirian.
KELABU
Warna campuran hitam dan putih Warna kelabu dikatakan mampu menimbulkan semangat untuk berdikari dan mencipta kesan yang lebih luas. Ia juga mampu menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
HIJAU
Warna yang selalu dikaitkan dengan keindahan dan kesegaran alam sekitar. Ia bertindak membangkitkan unsur tenaga dan ketenangan. Hijau juga boleh menstabilkan emosi dan mempunyai kesan penyembuhan selain meredakan tekanan.
COKLAT
Warna ini bersifat neutral dan mencerminkan keseimbangan dan kestabilan. Oleh itu, ia memberi rasa ketenangan, nyaman, anggun dan elegan. Ia juga meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu.
OREN
Melambangkan harapan dan rasa percaya diri. Membangkitkan semangat kretiviti serta menimbulkan rasa positif, gembira dan sentiasa mempunyai semangat dalam melakukan sesuatu perkara. IA juga dikatakan boleh mengurangkan 'stress'.
PINK
Warna yang simbolik dengan kehangatan dan emosi serta menggambarkan kelembutan dan memberi ketenangan. Pink atau merah jambu membawa makna kasih sayang. Ia turut memberi kesan keanak-anakan dan keceriaan.
No comments:
Post a Comment